https://barakahcapital.com.sg
×

Isu-Isu Wasiat, Faraidh Dan Harta Pusaka Di Singapura

Adakah kemaslahatan dan kebajikan keluarga anda terjamin setelah pemergian anda nanti?

Ramai yang tidak sedar bahawa perancangan harta pusaka adalah tanggungjawab kita terhadap keluarga. Ramai juga yang tidak mahu berbincang tentang topik ini kerana kena-mengenanya dengan topik mati. Ramai juga yang gagal untuk sedari bahawa perancangan harta pusaka akan mengelakkan sebarang konflik pada ahli keluarga dalam membahagikan harta setelah pemergian individu itu.

Pengetahuan tentang wasiat dan perancangan harta pusaka adalah satu ilmu yang harus dikuasai oleh semua warga Islam di Singapura ketika masih hidup. Apabila seorang warga Islam meninggal dunia, undang-undang Shari’ah akan dikuatkuasakan ke atas harta pusaka si mati. Seminar ini bertujuan untuk membincangkan topik wasiat, faraidh dan harta pusaka secara mendalam.

Topic #1: Isu-Isu Harta Pusaka di Singapura – Encik Suhaimi Salleh
Topic #2: Implikasi Fatwa Muis, Baitul Mal, Nuzriah dan Hibah Ruqba
Topic #3: Kepentingan menulis wasiat dan contoh-contoh kes mahkamah yang bersangkut-paut dengan harta pusaka orang Islam
Topic #4: Proses pembahagian harta setelah pemergian seorang warga Islam di Singapura

Penceramah
– Encik Suhaimi Salleh, Ketua Eksekutif Barakah Capital Planners
– Abdul Rohim Sarip, Peguam, A Rohim Noor Lila & Partners
– Ustaz Izal Mustafa Kamar, Penolong Pengarah, Pejabat Mufti

Jamuan ringan dan bahan seminar akan disediakan.
Seminar akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu.

HARI

Ahad, 8 April 2018

TEMPAT

Auditorium Mui 273 Braddell Rd, Singapore 579702

HARGA

$20 seorang, $30 sepasang

TIME

9 pagi – 2 petang